Salaam dan terima kasih kepada SDARians yang masih menjenguk blog ni (rupa2nya blog ni masih mendapat respon dalam ruangan komen bagi blog post/entry yang lalu).
Blog ni telah dibuka sebagai platform untuk lebih ramai SDARians berkongsi article tentang kenang2an semasa masing2 berada di SDAR. Memandangkan:
i) sumbangan article kurang menggalakkan (lagipun, SDARians sememangnya sudah aktif berkongsi pengalaman dalam SDARA Email Group); dan
ii) kisah2 di SDAR yang mungkin tak berapa sesuai untuk tatapan umum terpaksa "dirahsiakan" buat masa sekarang;
maka blog ni cuma dijadikan sebagai tempat untuk menyenaraikan blog-blog peribadi SDARians (kira ada fungsi jugalah tu).
Semoga SDARians sudi berkongsi blog masing2 atau blog rakan SDARians yang lain melalui platform ini (sila tinggalkan nama, batch dan alamat blog di ruangan komen). Senarai blog peribadi SDARians akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Terima kasih.
25 January 2009
NOTA TERKINI
Posted by
Wira Budiman
at
11:40 AM
|
Links to this post
Labels: Nota
13 January 2008
Lagu-Lagu "Cheer" SDAR
Bila aku menyebut "cheerleader dan budaya cheer di SDAR" kepada rakan2 di universiti suatu ketika dahulu, ada yang membayangkan gadis2 pom-pom berpakaian seksi yang bersorak-tari di tepi padang atau gelanggang sukan.. Haha.. Dah tentu bukan itu apa yang aku maksudkan.
SDAR tak ada pelajar perempuan, so tak mungkin SDAR ada gadis2 pom-pom seperti itu.. dan kalau ada yang nak cuba jadi macam tu, err, aku rasa memang tak ada lah. Malah, sesiapa yang menjadi cheerleader di SDAR, lazimnya dia dianggap macho kerana suara jantannya berupaya menggegar stadium atau mana2 tempat yang menjadi tapak perlawanan sukan.. dan sifat macho pula merupakan suatu tuntutan di sekolah remaja lelaki seperti SDAR.. Haha.. Poyo..
Aku masih ingat.. Semasa di Tingkatan 1 dan 2, aku dan rakan2 seluruh batch (seluruh tingkatan) diarah menghafaz berpuluh-puluh lagu cheer, dengan segala cara tepukan dan koordinasi nyanyian bersama cheerleader. Selalunyu sesi latihan cheer diadakan pada pagi cuti hujung minggu. Kalau nyanyian/tepukan tak sempurna, seniors tak akan bagi kami pergi ke dewan makan untuk makan tengah hari. Maklumlah, kami masih juniors. Kenalah ikut cakap seniors. Kalau tidak, buruk padahnya.
Sebagai juniors, ramai di kalangan kami berasa bosan menghadiri sesi-sesi latihan cheer begitu.. tapi kebosanan itu berubah menjadi kegembiraan apabila kami betul2 menghadiri perlawanan bolasepak, ragbi dan lain2 permainan (dan SDAR selalunya menang)..
Memang bangga rasanya kerana dapat menyumbang suara dan tepukan sebagai ahli "SDAR Fan Club" (semua juniors secara automatik dianggap ahli kelab). Dengan berpakaian kemeja-T seragam yang mempunyai design konon2 funky "SDAR FC", kami akan bergerak beramai2 ke tempat perlawanan, tak kiralah sama ada ke Stadium Negeri ke, ke padang sekolah lawan ke, atau hanya ke pavilion sekolah sendiri.
Di tempat perlawanan, kamilah yang akan mengada-ngada membingitkan suasana. Apa tidaknya.. SDAR mempunyai lagu untuk semua keadaan. Sama ada lagu untuk masuk padang, lagu untuk meraikan gol, lagu untuk menyuruh pemain2 defend, lagu untuk mengutuk pemain lawan yang berlakon sakit, lagu untuk goalkeeper malah lagu untuk ballpicker pun ada. By the end of the match, suara mesti hilang akibat nyanyian dan tangan mesti merah akibat tepukan.. Begitulah adatnya..
Dari tahun ke tahun juga, AJK SDAR Fan Club akan menganjurkan pertandingan lagu2 cheer. Setiap kelas akan mencipta 1 atau 2 lagu untuk dipersembahkan dan diadili. Kalau lagu dan persembahannya sedap, barulah boleh dijadikan lagu cheer SDAR.
Semasa aku berada di Tingkatan 3, 4 dan 5 pula, tiada lagi sesi-sesi latihan cheer yang memaksa aku dan rakan-rakan menghafaz apa2. Maklumlah, kami dah makin senior. Sesi latihan cheer tu cuma untuk juniors. Bagi kami pula, yang ada hanyalah "semangat SDARian" dan semangat itulah yang menyebabkan kami terus menyanyikan lagu2 cheer, sekuat mana yang mampu, menggegar ruang udara Seremban dan Negeri Sembilan.. Alangkah indahnya perasaan masa tu..
Anyway, sengaja je aku rekodkan nostalgia ni di sini, dan sebelum menjadi pupus, biar aku senaraikan beberapa tajuk lagu "cheer" SDAR dari tahun 1992 hingga tahun 1996 yang aku masih ingat:
- So When SDAR Goes Marching In
- Looks Like A Superstar
- Wherever We Go
- Dear Good Old SDAR
- We Don’t Want to Take It Anymore
- Animal Like Kangaroo (kesilapan tatabahasa disengajakan)
- We Don’t Know What We’ve Been Told
- We Want the Goal that’s Good for Us
- A Bad Name
- Attack, SDAR, Attack
- Defend, SDAR, Defend
- Hinggut-Hinggutlah Kepala (Versi SDAR)
- Lagu Baru ‘Rock & Roll’ Satu
- Den Hero Kampung Senogoghi
- Indukku SDAR
- Len Chee Kang
- Goalkeeper, Goalkeeper
- Ballpicker, Ballpicker
- Remeh Temeh (Versi SDAR)
- Sambalele
- Pepe SDAR; Alhamdulillah Syukur Nikmat; Tak Cukup (Medley)
- Inilah Barisan Kita
- Adoi Mak Sakitnya
- Go, SDAR, Go
+ We're Not Gonna Take It
+ SDAR Dynamites
+ Untukmu, Oh SDAR, yang Tercinta
+ Suwa Suwe (Istimewa SDAR)
Hmm.. Kalau ada sesiapa nak tambah lagi lagu2 cheer kepada senarai ni, dipersilakan.
Posted by
Wira Budiman
at
4:50 PM
|
Links to this post
Labels: Lagu-Lagu Cheer
26 June 2006
Syair SSSS-DDDD-AAAA-RRRR
Suatu kisah undangan pawana
Sebuah persada yang kita bina
Si anak desa tak lagi lena
Sedang bangsanya masih merana.
Dari Zaharah azam bermula
Destar pertiwi ingin dibela
Darul Ridzuan jemput bersila
Di dua kota jiwa ternyala.
Alam tumpangan silih berganti
Angin Sikamat turut mengerti
Arus di Gadut mengalir pasti
Alunan budi terus sebati.
Resminya padi tunduk berisi
Ragam putera hak diwarisi
Runtuh dan bangun sama dikongsi
Rentetan masa menjadi saksi.
Wira Budiman Azizan
11 Mac 1996 (hari sambutan ulangtahun SDAR ke-40)
(disiarkan dalam majalah SEDAR jilid ke-30)
Pindaan kepada Bait 3
24 Jun 2006 (malam sambutan ulangtahun SDAR ke-50)
Posted by
Wira Budiman
at
3:24 AM
|
Links to this post
19 April 2006
Welcome to SDARIANS.blogspot.com!!!
`
SDAR : Sekolah Dato' Abdul Razak (Dato' Abdul Razak School), named after the second Prime Minister of Malaysia while he was still the Deputy Prime Minister
SDARian : inhabitant of SDAR
SDARians : plural of SDARian
I admit..
On the one hand, opening up a blog like this as a "nostalgia" data-bank for SDARians does sound kinda self-glorifying, corny and "poyo", because I do feel that the more we unwittingly create exclusivity among people in a society (or of the world), the further we trap ourselves into little boxes of narrow-minded pride..
But..
On the other hand, life as a teenager in one of the oldest yet least-known all-boys fully-residential smart-schools in Malaysia (so-called "premier category SBP") has somehow taught my friends and I a lot of lessons in life (whether for better or for worse) and I think it's only fair to gather some of the memories here..
In this collective blog, I hope we can reminisce our adventures and mis-adventures, what we meant by our friendship & team spirit, our cheer songs, etc...
Posted by
Wira Budiman
at
10:07 PM
|
Links to this post